Gaji RM2500 Boleh Simpan RM750 Sebulan - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Gaji RM2500 Boleh Simpan RM750 Sebulan



Mungkin anda rasa tak mungkin nak simpan duit RM750 jika bergaji RM2500. Namun segalanya tak mustahil jika anda menggunakan formula 30:60:5:5 sebagaimana yang dikongsikan oleh Bisnes Speaker, Nur Aliah Mohd Nor (Lia Omey) di laman Facebooknya.

Sini Lia kongsikan 1 formula yang dipanggil ‘kompas kewangan’. Guna je formula mudah ni untuk selamatkan kewangan korang.

Kompas kewangan terbahagi kepada 4 iaitu:
▶️ Untung (30%)
▶️ Terpaksa (60%)
▶️ Bocor (5%)
▶️ Sampah (5%)

Dapatkan dulu pendapatan bersih korang.

Kerja biasa: Gaji kasar – KWSP – SOCSO – Zakat = Gaji bersih

Kerja sendiri: Pendapatan kasar – belanja bisnes – cukai pendapatan = pendapatan bersih



1. Untung (30%)

30% ini adalah SIMPANAN yang kita akan ketepikan dari gaji yang kita dapat setiap bulan.

Simpanan ini termasuklah dengan:
> Simpanan jangkamasa pendek
> Simpanan jangkamasa panjang
> Simpanan emergency
> Simpanan pelajaran
> Simpanan pencen
> Simpanan pelancongan
> Simpanan wakaf
> Simpanan sedekah

Contoh tempat terbaik untuk buat simpanan:

> Tabung Haji
> Saham
> Unit Trust
> Takaful (Islamic Insurance)
> EPF
> ASB
> Hartanah
> Emas

2. Terpaksa (60%)

Maksud terpaksa ini ialah semua jenis belanja komitmen sara diri dan keluarga termasuklah semua jenis loan.

Contoh loan:
> Loan rumah
> Loan kereta
> ASB Financing
> Personal loan
> PTPTN

Contoh sara diri dan keluarga:
> Minyak kereta
> Bil telefon
> Bil api air
> Keperluan keluarga

Lia faham setengah orang loan itu amat penting untuk kegunaan sesuatu perkara atau sesuatu tujuan. Lain orang lain kegunaannya.

3. Bocor (5%)

Bocor ni maksudnya bukan keperluan sangat, kita boleh kawal lagi di bahagian bocor ni.

Contoh:
> ASTRO
> Kredit kad

Kalau di bahagian bocor ini lebih dari 5%, boleh lah potong apa-apa perkara yang tak penting contohnya unifi dan astro.

4. Sampah (5%)

Untuk sampah 5% maksudnya boleh guna dan belanja dengan bahagianya.

Contoh:
> Fast food (McDonald, KFC)
> Tealive, Starbucks
> Karoke
> Tengok wayang

Kenapa penting guna formula ini? Sebab kita nak wujudkan 5 tiang impian kewangan kita.

5 tiang impian kewangan:
> Cipta duit (melalui business atau makan gaji)
> Urus pendapatan kita dengan baik menggunakan kompas kewangan
> Lindung harta dengan baik
> Labur harta untuk masa depan
> Agihkan harta dalam keadaan yang baik setelah meninggal dunia.

Lia yakin dan percaya, dengan tips mudah ini dapat bantu korang untuk uruskan kewangan dengan lebih baik. Semoga bermanfaat!

Nota tambahan: Jangan lupa untuk sedekah dan zakat ya. Lebihkan memberi, lebihlah rezeki. Kan.

Nota: Formula Abg Abu

No comments

Powered by Blogger.