Hukum Berkongsi Seekor Binatang Qurban, Sebahagian Untuk Qurban & Sebahagian Lagi Sebagai Aqiqah? - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Hukum Berkongsi Seekor Binatang Qurban, Sebahagian Untuk Qurban & Sebahagian Lagi Sebagai Aqiqah?


Apakah hukum berkongsi seekor binatang qurban, sebahagian untuk qurban dan sebahagian lagi sebagai aqiqah?

Jawapan: 

Hukum berkongsi seekor binatang qurban, sebahagian untuk qurban dan sebahagian lagi untuk aqiqah adalah harus. Pembahagian setiap seekor unta, lembu atau kerbau itu adalah  tujuh bahagian. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Jabir Bin Abdullah RA, bahawa;

Maksudnya: “Kami berqurban bersama Rasulullah S.A.W pada tahun perjanjian Hudaibiyah dengan badanah (unta gemuk) untuk tujuh orang, dan lembu juga untuk tujuh orang”. (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Nawawi di dalam al-Majmu’ yang bermaksud:

Memadai seekor unta, demikian juga lembu untuk tujuh orang, sama ada untuk sebuah ahli keluarga ataupun untuk beberapa ahli keluarga. Sama ada mereka itu melakukan qurban dengan maksud yang sama ataupun berbeza, sama ada qurban wajib atau sunat atau sebahagian mereka hanya mahukan daging. Harus juga kalau sebahagian mereka bermaksud melakukan qurban dan sebahagian yang lain bermaksud al-hadyu (binatang yang disembelih di Tanah Haram sebagai dam haji atau umrah). (Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab).

Sumber: Bahagian Komunikasi Korporat MAIS

No comments

Powered by Blogger.