Kaedah Sesuai Untuk Bantu Dalam Menjaga Anak Untuk Bapa Baharu - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Kaedah Sesuai Untuk Bantu Dalam Menjaga Anak Untuk Bapa Baharu


Bagi bapa baharu yang masih tercari-cari kaedah sesuai untuk membantu dalam menjaga anak anda, Glen berkongsi lima nasihat untuk menjadi seorang bapa yang baik.

1. Pastikan anda wujud dalam hidup anak

Jadikan ini satu keutamaan. Bayi akan membesar dengan cepat, dan anda akan terlepas daripada menyaksikan detik-detik penting dalam hidupnya jika anda tiada di sisi.

2. Sertai rutin anak ketika masuk tidur dan mandi

Jika mempunyai bayi yang baru dilahirkan, anda perlu mencari peluang untuk mewujudkan ikatan dengan bayi itu. Hal ini adalah kerana secara semula jadi, si kecil akan mencari ibunya. Waktu masuk tidur dan mandi adalah detik sesuai bagi si bapa untuk memulakan tradisi yang akan membantu merapatkan hubungan dengan anak.

3. Rakam semuanya

Anda akan rasa bersyukur apabila anak anda sudah besar. Video dan gambar adalah kenangan yang bagus untuk waktu-waktu manis dalam hidup mereka.

4. Wujudkan rasa minat dalam perkara yang anak sukai

Apabila usia semakin meningkat, anda akan mula hilang minat terhadap perkara-perkara yang anda pernah anggap menarik dahulu. Dengan adanya anak, anda berpeluang untuk menerokainya semula. Minat yang sama ini juga boleh merapatkan lagi hubungan anda berdua.

5. Yakinkan diri sebagai seorang bapa

Jangan rasa takut atau malu untuk bergantung pada naluri kebapaan yang akan timbul dalam diri anda. Sama seperti ibu-ibu, bapa juga mempunyai naluri semula jadi yang boleh memanfaatkan hubungan anda dengan anak.

Sumber: www.hijabnheels.com

No comments

Powered by Blogger.