Kenapa Ubat Antibiotik Wajib Habiskan Walaupun Dah Sihat? - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Kenapa Ubat Antibiotik Wajib Habiskan Walaupun Dah Sihat?


Antibiotik, adalah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Ubat ini tidak terkesan terhadap jangkitan virus, seperti demam biasa atau selesema.

Walaupun ia digunakan untuk merawat jangkitan bakteria, penggunaan antibiotik perlu dikawal kerana ambilan yang tidak tepat akan menyebabkan kerintangan antibiotik.

Apa itu kerintangan antibiotik?


Kerintangan antibiotik adalah keadaan apabila bakteria menjadi ‘kuat’ dan tidak lagi berupaya untuk dibunuh dengan antibiotik. Ia terjadi apabila bakteria mengubah dirinya sebagai cara untuk mengurangkan atau menghapuskan keberkesanan antibiotik. Ia terjadi disebabkan penggunaan antibiotik yang tidak tepat, sama ada berlebihan atau terkurang.

Disebabkan itu, antibiotik perlu dihabiskan. Jika tidak, bakteria dalam badan akan menjadi imun terhadap antibiotik, menyebabkan penyakit bawaan bakteria ini semakin kebal.

Sumber: Portal myHealth via Era.je

No comments

Powered by Blogger.