Makanan Ini Bantu Kecutkan Cyst & Fibroid Pada Rahim Wanita - Dr Hamid Arshat - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Makanan Ini Bantu Kecutkan Cyst & Fibroid Pada Rahim Wanita - Dr Hamid Arshat


Menurut Dr Hamid Arshat, ada beberapa tips pemakanan yang yang boleh dipraktikkan buat pesakit mengalami masalah peranakan seperti cyst, fibroid dan endometriosis yang mana boleh pulih dengan penjagaan makanan yang betul.

Ketumbuhan seperti cyst, fibroid atau kanser berpunca dari hormon estrogen yang berlebihan dalam badan wanita. Oleh itu makanan yang di ambil oleh setiap pesakit perlulah dapat mengurangkan penghasilan hormon estrogen berlebihan. Masalah ini dapat diatasi sekiranya wanita peka dengan penjagaan makanan yang betul.

Berikut merupakan senarai pemakanan yang disarankan oleh Dr Hamid Arshad. Ambil makanan yang bertindak sebagai anti estrogen. Makanan-makanan ini mengandungi aromatase inhibitor yang akan menghalang pembentukan estrogen.

Buah delima
Sayur-sayuran seperti brokoli, kobis, califlour, bak choy, lobak putih
Minyak zaiton
Cendawan
Anggur merah
Oats
Teh hijau
Buah-buahan citrous seperti lemon, limau nipis
Kacang almond, walnut, peanuts, gajus
Bawang merah

No comments

Powered by Blogger.