Pandang Orang Sakit Mata Boleh Buat Kita Dijangkiti? - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

Pandang Orang Sakit Mata Boleh Buat Kita Dijangkiti?


Penyakit konjunktivitis disebabkan keradangan pada selaput konjunktiva yang terletak pada belakang kelopak mata akibat jangkitan bakteria dan virus. Ia juga boleh disebabkan alahan ataupun akibat kecederaan yang disebabkan tumpahan bahan kimia pada mata.

Tanda-tanda jangkitan konjunktivitis adalah seperti berikut :

mata pedih
mata gatal
mata merah
akan ada cecair kuning jika jangkitan tersebut disebabkan bakteria
kelopak mata melekat

Sebenarnya, cara jangkitan konjunktivitis selalunya melalui sentuhan langsung kepada cairan yang dikeluarkan mata pesakit. Sebagai contoh, melalui  penggunaan tuala sama ataupun penggunaan barang peribadi yang mendedahkan orang lain pada kuman tersebut.

Jangkitan yang disebabkan oleh virus pula adalah melalui titisan air dalam udara. Contohnya, apabila seseorang yang sedang mengalami konjunktivitis bersin ataupun batuk, kuman tersebut masuk ke dalam udara dan tersebar ke mata mereka yang berdekatan, seterusnya menyebabkan jangkitan kuman berlaku.

Jadi, masalah mata merah, sakit mata atau konjunktivitis tidaklah merebak dengan cara memandang mata pesakit. Kuman tersebut tidak akan sampai ke mata orang lain dengan hanya merenungnya. Sebaliknya, pesakit yang mengalami sakit mata sangat mudah menjangkiti orang lain melalui cara yang telah diterangkan tadi. - CARI


No comments

Powered by Blogger.