Kajian Buktikan Tempoyak Kuman Baik - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Kajian Buktikan Tempoyak Kuman Baik


Merujuk kepada perkongsian di pakdin.my, kajian menunjukkan bahawa tempoyak kaya dengan kuman baik probiotik jenis asid laktik bacilli (LAB) iaitu spesis 'Lactobacillus plantarum'.

Bakteria ini mempunyai ketahanan daripada penghadaman oleh asid perut (pH 2.0) dan garam hempedu dalam usus (0.3%).

Selain itu, ia juga mampu mengurangkan proliferasi sel-sel kanser adenocarcinoma.

Ini adalah fakta yang sangat menarik dan sepatutnya mengujakan kita untuk selalu diambil bersama dalam pemakanan seharian kita.

Namun, kita juga perlu bersederhana dalam pemakanan ini kerana tempoyak mempunyai kandungan garam yang tinggi dan durian pula mempunyai kandungan gula yang agak tinggi. 

Tetapi, faedah probiotik yang terdapat di dalam tempoyak adalah satu perkara yang patut kita utamakan, InsyaaAllah. Semoga info ini bermanfaat.

No comments

Powered by Blogger.