Sarapan ‘On Time’ Boleh Kuruskan Badan? - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Sarapan ‘On Time’ Boleh Kuruskan Badan?


5 fakta yang perlu anda tahu jika sering melewat-lewatkan pengambilan sarapan pagi.

1. Bantu turunkan berat badan

Sebenarnya orang yang melewatkan pengambilan sarapan pagi memiliki 50% kemungkinan untuk mengalami overweight. Keadaan ini disebabkan mereka akan makan lebih banyak ketika makan tengah hari.

2. Aktifkan metabolisme

Ketika bangun tidur, kadar gula dalam darah akan menurun. Jika anda mengambil sarapan, tubuh akan mendapatkan nutrisi dan karbohidrat untuk meningkatkan kembali kadar gula dalam tubuh.

3. Tingkatkan kecerdasan otak

Sarapan akan meningkatkan tahap konsentrasi, memori dan kemampuan mental yang lain.

4. Turunkan risiko makan berlebihan

Sekiranya bersarapan, anda tidak akan cepat lapar dan makan secara berlebihan ketika waktu lunch.

5. Tingkatkan kesihatan jantung

Mengambil sarapan dengan menu yang sihat akan meningkatkan kadar kolesterol baik dalam darah. Jadi, ia merupakan alasan kukuh mengapa pengambilan sarapan mampu membuatkan anda terhindar daripada risiko penyakit jantung.

Sumber: remaja.my

No comments

Powered by Blogger.