Tip Bawang Putih Goreng Rangup, Cantik & Tak Pahit - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Tip Bawang Putih Goreng Rangup, Cantik & Tak Pahit


Siti Noraini Binti Bisri II sudi berkongsi tip cara buat bawang putih goreng yang dia buat jual.

Ini Antara tipnya;

1. Pemilihan bawang tak penting, yang penting kene perhatikan dengan perubahan warna masa mengoreng.

2. Hiris bawang senipis mungkin.

3. Rendam sekejap dengan air garam, tujuannya untuk hilangkan getah bawang, getah tu yang buat pahit sebenarnya. Lepas tu toskan just untuk pastikan minyak tak merecik.

4. Masa mengoreng adalah waktu yang sangat penting. Minyak mesti betul betul panas, baru masukkan garlic.Tanda minyak cukup panas, bila masukkan bawang tu, minyak tu naik buih buih besar macam nak melimpah.Hati hati jangan masukkan bawang sampai minyak tu melimpah.

5. Pastikan minyak baru ye, jangan pakai minyak lepas goreng ayam plak.Jenuh pulak nak perhatikan warna bawang putih tu nanti.

6. Bila dah berubah warna keemasan, cepat angkat dan toskan.Jangan biar bawang putih dalam minyak sampai dia coklat, nanti bila toskan bawang putih tu dah hangit. Sebab balance minyak panas yang ada kat bawang putih tu akan masakkan dan buat garlic tu crunchy.

7. Kalau dia dah masak cantik dalam minyak, bila toskan nanti dia jadi overcook sebab haba minyak tu masih panas.

No comments

Powered by Blogger.