Wanita Lebih Sukar Turunkan Berat Badan Berbanding Lelaki? - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Wanita Lebih Sukar Turunkan Berat Badan Berbanding Lelaki?


Satu kajian yang telah dilakukan di United Kingdom dan mendapati bahawa lelaki dan wanita dalam mengurangkan berat badan adalah tidak sama. Menurut pakar, faktor utama kemungkinan adalah hormon.

Pengkaji daripada Universiti of Aberdeen dan Cambridge United Kingdom serta Michigan di Amerika Syarikat telah setuju dengan kajian yang telah dilakukan dan mendapati bahawa tingkah laku terhadap hormon tertentu yang dihasilkan di dalam otak boleh membuatkan penurunan berat badan yang lebih sukar bagi golongan wanita.

Manakala data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia menunjukkan bahawa golongan wanita gemuk daripada golongan lelaki lebih tinggi di seluruh dunia. 

Dr Lora Heisler bersama rakan-rakannya dari Institusi Pemakanan dan Kesihatan Rowett telah berusaha untuk memahami mengapa berat badan wanita mudah bertambah berbanding lelaki. Mereka dapati penurunan berat badan terhadap golongan wanita merupa satu cabaran besar.

Kajian mendapati, hormon yang dikeluarkan adalah untuk mengawal deria selera makan, aktiviti fizikal, penggunaan tenaga fizikal dan berat badan yang merupakan salah satu bahagian ransangan dalam otak. 

Lebih tepat lagi, hormon yang dihasilkan di panggil Pro-Opiomelanocortin (POMC) Peptida yang merupakan perbezaan kelakuan di antara lelaki dan wanita.

Jadi, para wanita jagalah pemakanan dengan baik sebelum badan anda berterusan gempal dan sukar untuk kurus. - CARI  

No comments

Powered by Blogger.