3 Alasan Yang Menjadi Mitos Bila Suruh Perokok Berhenti Merokok - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

3 Alasan Yang Menjadi Mitos Bila Suruh Perokok Berhenti Merokok


Kenapa susah sangat perokok nak buang tabiat merokok ni? 3 alasan yang selalu kita dengar dari perokok apabila disuruh berhenti merokok.

 “Saya dah lama merokok, rosak dah badan”

Berhenti merokok walaupun sudah merokok dalam tempoh yang sudah lama masih memberikan perubahan baik walaupun hanya 20 minit selepas melakukannya dan dalam masa 5 tahun, risiko serangan jantung kurang hampir 50% berbanding mereka yang masih merokok. Orang putih kata, better late than never

“Kalau berhenti merokok, nanti badan naik”

Betul ke kalau berhenti rokok, nanti badan naik? Itu semua mainan psikologi je. Hisap rokok sebenarnya menaikkan lagi selera makan kita tambah-tambah pengambilan air manis. “Tak best hisap rokok takde air manis, nanti mulut kering dan pahit. Jom teh tarik dulu!” Mana datangnya berhenti rokok badan turun?

“Stress kalau tak merokok”

Kelegaan stress akibat merokok hanyalah untuk tempoh yang terlalu singkat malah merokok sebenarnya menaikkan tahap kebimbangan dan mengakibatkan kemurungan dalam jangka masa panjang.

Jadi bagaimana adakah anda percaya dengan mitos ini?

Sumber: Xtra


No comments

Powered by Blogger.