6 Cara Paling Senang Kurangkan Pahit Peria - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

6 Cara Paling Senang Kurangkan Pahit Peria



Sebenarnya jangan risau akan rasa pahit itu kerana ada cara untuk mengurangkan rasa tersebut sebelum sedia diolah dengan bermacam menu sangat sedap.

1. Peria muda boleh dikenali melalui warna kulitnya yang hijau tua, kalau semakin tua warnanya kian pudar dan menjadi hijau muda. Pastikan juga saiznya sederhana dan kecil sahaja.

2. Setelah dibersihkan luarannya, belah dua dan buang bijinya supaya rasa pahit boleh dikurangkan. Hiris kecil dan nipis juga membantu mengurangkan rasa pahit.

3. Selepas dihiris, taburkan garam di atasnya, kemudian ramas-ramas hingga layu dan perah airnya keluar. Buang air tersebut, kemudian tuangkan air panas, gaulkannya sebelum dibilas hingga bersih . Lakukan langkah ini dua kali untuk hasil yang lebih berkesan.

4. Merebus hirisan peria bersama dengan 5-6 helai daun jambu batu. Tambahkan sedikit garam, rebus hingga layu. Angkat, cuci dengan air bersih dan tos.

5. Selain garam, boleh juga rebus dengan cuka makan. Caranya campurkan secawan cuka dengan dua sudu makan garam dan dua sudu makn gula pasir. Rebus sekejap sahaja lebih kurang dua minit. Cukup sekadar layu, angkat dan tos.

Sumber: RASA

No comments

Powered by Blogger.