Bawang Merah, Putih Mentah Kurangkan Risiko Kanser Jika Setiap Hari Makan - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Bawang Merah, Putih Mentah Kurangkan Risiko Kanser Jika Setiap Hari Makan


Bawang merah dan bawang putih biasanya menjadi satu kemestian dalam apa juga masakan. Namun jika selalu bawang-bawang ini ditumis dan dimasukkan dalam masakan, apa kata ia dimakan mentah begitu sahaja.

Ini kerana sekumpulan saintis mendakwa amalan memakan bawang merah dan bawang putih mentah setiap hari mampu mengurangkan risiko kanser payudara wanita sehingga 67 peratus, lapor akhbar Daily Mail baru-baru ini.

Kajian itu dijalankan secara bersama penyelidik dari Universiti Buffalo di New York dan Universiti Puerto Rico.

“Walaupun keputusan kajian kecil itu sangat menarik, lebih banyak kajian diperlukan sebelum kita boleh membuat rumusan tentang kesan memakan bawang merah dan bawang putih mentah terhadap risiko kanser payudara,” tegas Pengarah Penyelidikan badan amal Breast Cancer Care and Breast Cancer Now, Dr. Simon Vincent.

No comments

Powered by Blogger.