Buat Sendiri Makanan Diet Sihat - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Buat Sendiri Makanan Diet Sihat

Menu diet sihat ini disediakan oleh Maryam Salleh.


Sehari saya makan dua kali nasi. Jadi saya buat #HealthyMealPrep ni untuk 4 hari terus. Sebab ianya di simpan di bahagian chiller boleh bertahan sampai 5 hari, jika frozen boleh tahan sehingga 6 bulan.

Bahan perapan ayam:

Bawang putih,
Olive oil,
Garam Bukit,
Cajun

Bahan perapan ikan tenggiri:

Garam Bukit,
Kunyit,
Black pepper,
Mixed herb

Ayam dan ikan – ini saya perap dulu semalam nak kasi bahan perapan meresap. Esoknya barulah saya grill atas fry pan guna sedikit olive oil.

Untuk sayur – seperti carrot, brokoli, capsicum nak bagi kekal segar Caranya stim/rebus dulu sekejap kemudian angkat panas-panas tu dan masukkan ke dalam rendaman ais.

Sejukkan dulu lauk yang di grill, kendian masukkan dalam tipuware, tutup bekas, dan barulah di simpan dalam peti ais. So senanglah nak makan just keluarkan satu bekas, kemudian boleh panaskan. Setel makanan untuk empat hari.

Oh ye saya makan dengan nasi panas.

No comments

Powered by Blogger.