Cara Buat Tauhu 'Homemade' Pasti Bersih & Selamat - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Cara Buat Tauhu 'Homemade' Pasti Bersih & Selamat


Perkongsian oleh Kak Zai,

Cara buat tauhu:

1. Rendam 1 kg kacang soya semalaman. Kisar kemudian tapis gunakan kain.


2. Masak air kacang soya yang sudah ditapis tadi hingga mendidih. Masukkan cuka makan anggaran satu senduk gulai untuk 1kg kacang soya, kemudian kacau. Biarkan seketika tunggu sampai jadi berketul ketul atau naik berkeladak.


3.  Sediakan bekas, saya guna raga plastik yang dialaskan dengan kain yg diguna utk tapis air soya tadi. Sauk tauhu yang berketul dengan senduk berlubang sampai habis dimasukkan dalam raga tadi.


4. Selepas penuh raga dengan ketulan tahu tadi, lipat kain kiri/kanan.


5. Ambil papan pemotong sayur lalu tindih atas permukaan tauhu. Letak pula lesung batu di atasnya untuk memampatkan tauhu.



6. Pastikan bahan tindihan tidak terlalu berat, supaya isi tauhu tak keras. Tapi ringan sangat pun tak boleh, nanti tauhu ringan dan senang hancur bila dipotong.


7. Bila tauhu dah sejuk, potong dan letak dalam air. Sedia untuk digoreng atau dijadikan hidangan ikut cita rasa.

No comments

Powered by Blogger.