Daging Masak Kandar Paling Padu - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Daging Masak Kandar Paling Padu


Bahan:

1 kilo daging
Bahan blender
Jintan putih
Jintan manis
1 batang kulit kayu manis
Kuntum bunga lawang
Buah pelaga
Kuntum bunga cengkih
15 tangkai cili kering-direbus
2 Labu bawang besar
1/2 Labu bawang putih
20 Bawang merah
2 in halia

Bahan lain:

1 cawan sos tomato
1 cawan kicap pekat
2 sudu besar kerisik
4-5 tangkai daun kari
Gula, garam, kiub ayam/ daging

Cara:

Masukkan bahan blender dan daun kari tumis hingga garing masukkan daging, kecilkan api biarkan sehingga air daging hampir kering dan hampir lembut masukkan kicap, sos tomato, kerisik, gula, garam, kiub dan masak sehingga kering.

Kalau suka boleh ditambah bwg besar yg dipotong bulat masukkan diakhir sekali.

Kalau gunakan ayam, goreng dahulu tapi jgn terlalu garing.

Gula tu lebih sedap jika gunakan gula melaka asli kalau kurang manis baru tambah gula putih.

Resepi: Shikin Sadinan 

No comments

Powered by Blogger.