Doa Boleh Diamalkan Ketika Memasak Untuk Lembutkan Hati Anak-Anak - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Doa Boleh Diamalkan Ketika Memasak Untuk Lembutkan Hati Anak-Anak


Ustaz Abdullah Khairi berkongsi petua yang diamalkan oleh ibunya ketika memasak terutama ketika mencucui beras.

“Mak saya tak pandai membaca dan menulis. Tapi dia selalu amalkan doa ini ketika nak basuh beras ketika menggenggam beras. 

Ya Allah, Kau lembutkanlah hati anakku seperti mana Kau lembutkan beras ini menjadi nasi. Dia tiup lalu basuh dan masak. Amalkan doa ini insyaAllah, sanagt berkat,” kongsi ustaz Khairi lagi.

SALAM JUMAAT PENGHULU SEGALA HARISEMOGA ALLAH MELIMPAHI KEBERKATAN DALAM KEHIDUPAN KITA.#SIMPLEISUS#TOGETHERWESTRONG#LADIESWIRAMERAH

POSTED BY PERISMA ZON SHAH ALAM ON THURSDAY, 19 SEPTEMBER 2019

Selain itu, ibu-ibu juga boleh praktikkan amalan berikut:

Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.

Baca doa ketika masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”

Ketika mengambil beras baca surah An-Nahl  ayat 96  yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”

Baca doa waktu menyimpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.

Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3  yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.

Apabila meletak kuali atas dapur ibu boleh membaca doa dari surah Al-Baqarah  137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Mulakan kerja memasak dengan bacaan Basmalah. Setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.

No comments

Powered by Blogger.