Ibu Bapa Awas Ya Jangan Smapai Mata Anak Jadi Juling! - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Ibu Bapa Awas Ya Jangan Smapai Mata Anak Jadi Juling!


Seorang kanak-kanak 9 tahun dari Hefei, China, mengalami juling mata kanan selepas ketagihan bermain telefon pintar ketika musim cuti sekolah yang lalu.

akibat main phone, budak ini juling sebelah mata

Menurut bapanya, anaknya itu akan mengambil telefon bimbit tanpa pengetahuannya dan bermain permainan video sehingga 10 jam setiap hari, hingga menyebabkan mata anaknya mula menjadi juling.

Menurut doktor yang merawat kanak-kanak terbabit, menggunakan telefon pintar secara berterusan boleh mengakibatkan masalah pada mata yang dikenali sebagai Myopia.

akibat main phone, budak ini juling sebelah mata

Myopia terjadi apabila bola mata terlalu panjang berbanding dengan kuasa fokus kornea dan kanta mata.

Sumber: Oriental Daily, World of Buzz

No comments

Powered by Blogger.