Kurang Tidur Jadi Punca Utama Kegemukan - Kajian - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Kurang Tidur Jadi Punca Utama Kegemukan - Kajian


Menurut statistik, Malaysia menjadi negara paling ramai penduduk obesiti di Asia sejak dari tahun 2015.

Statistik yang diperoleh melalui Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) itu menjadikan seorang daripada dua orang dewasa dinegara ini mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Kita pun tahu kegemukan boleh terjadi disebabkan pemakanan kita yang tidak dikawal. Namun siapa sangka, kurang tidur pun boleh menyumbang kepada masalah kegemukan ini?

Menurut Public Health Malaysia, satu kajian melibatkan 16,000 responden telah dijalankan selama 16 tahun, menunjukkan individu yang tidur kurang dari 5 jam mengalami penambahan berat badan lebih banyak berbanding mereka yang tidur 7 jam.

Ini berikutan kerana individu yang berjaga malam lebih mudah mengambil kalori dan punyai lebih masa untuk mengunyah makanan. Ini menyebabkan tubuh menjadi terlalu letih dan mengantuk keesokkan hari untuk bersenam.

No comments

Powered by Blogger.