Lelaki Cepat Jatuh Cinta Tapi Ego Menggunung - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Lelaki Cepat Jatuh Cinta Tapi Ego Menggunung


Lelaki sebenarnya paling cepat jatuh cinta apabila melihat perempuan cantik. Lebih-lebih lagi jika perempuan itu senyum dengannya. Ya, memang benar, lelaki memang mudah cair dan terlalu mudah jatuh cinta. Oleh itu, sesiapa yang sudah ada kekasih itu, hati-hati ya.

Hal ini adalah sifat semulajadi lelaki yang merupakan senang terpikat kepada kecantikan perempuan. Sifat semulajadi ini merupakan perkara yang baik sebenarnya berbanding dengan sifat sebaliknya iaitu bersifat songsang. Maka, jika anda “lelaki”, menyukai atau mudah jatuh cinta dengan perempuan, itu adalah perkara normal manusia.

Kadang-kadang lelaki ini sukar untuk diduga dalam semua perkara termasuk percintaan. Mereka sukar untuk meluahkan kata-kata cinta, namun anda sebagai wanita boleh melihat tingkah lakunya jika dia menyukai diri anda.

Akan tetapi, hati lelaki ini hanya tertarik kepada perempuan yang mempunyai sifat dan ciri-ciri yang dia sukai sahaja. Ingat ya! Walaupun lelaki cepat jatuh cinta, tapi jika dia melihat perangai kamu sangat menjengkelkan, boleh jadi dia tawar hati terus. Lelaki akan mula mencintai perempuan yang ada rupa yang menarik hati nya, sekaligus dengan perangai perempuan itu.

Lelaki sememangnya sangat ego dalam hal percintaaan. Terutamanya bila bersama perempuan, dia tidak suka menunjukkan dirinya yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa. Sebaliknya, dia sanggup buat apa saja untuk mengadakannya. Lelaki suka menyembunyikan sesuatu yang perempuan selalunya tidak pernah menghargainya. Namun, mereka tidak ambil kisah kerana keikhlasan mereka.

Jika melihat lelaki cepat jatuh cinta pada pandangan pertama, lelaki selalunya tidak akan berbuat apa-apa. Sebaliknya mereka akan buat-buat tak tahu, namun jauh di lubuk hati mereka ingin sekali menyapa perempuan yang disukainya itu.

Sumber: Aliff Channel 

No comments

Powered by Blogger.