Petua Santan Lebih Pekat Supaya Lebih Jimat - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Petua Santan Lebih Pekat Supaya Lebih Jimat


Boleh rujuk perkongsian petua untuk jadikan santan lebih pekat oleh Puan Nursyahida Al-Hashimy ini;

Caranya:

1. Untuk akak-akak atau mak-mak yang suka masak guna santan asli dari isi kelapa parut (orang utagha panggil kukoq nyoq) sebelum perah isi kelapa yang dah parut tu boleh blend dulu dengan air suam. Air jangan terlalu banyak nanti santan tak berapa pekat.

2.Lepas tu tuang dalam penapis macam biasa dan hampas kelapa tu masukkan balik ke dalam blender.Kemudian, ulang langkah yang sama sampai dapat jumlah santan yang nak. InshaAllah, santan akan jadi lebih pekat.

Cara ini mak saya ajar masa mula-mula saya belajar masak zaman remaja dulu. Alhamdulillah, sampai sekarang anak dah sorang masih ikut cara ni.

Selamat Mencuba!

No comments

Powered by Blogger.