10 Tip Ekstrem Anda Boleh Buat Marah - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

10 Tip Ekstrem Anda Boleh Buat Marah



Ada orang sangat mudah marah. Orang putih panggil, short fuse. Ada orang yang marah hingga datangkan kesan negatif pada diri dan orang lain. So, di sini saya kongsi tips ini yang saya petik dari The Cornell Research Program for Self-Injury &. Recovery.

Perkongsian oleh Dr. Rostam,

1. Ramas ais dan baling ke dalam bilik air sekuat hati anda sehingga ia berkecai.

2. Ambil setimbun surat khabar dan bayangkan anda jadi mesin pengisar kertas. Koyakkan sekoyak-koyaknya.

3. Pillow fight dengan dinding bilik or tilam dan kemudian jerit sekuat hati ke bantal tersebut.

4. Marah dengan diri sendiri? Nevermind. Minta orang lukis potret anda or cari gambar anda yang paling cute. Ambil marker merah. Tulis segala benda yang anda nak buat pada diri anda. Koyakkan gambar tersebut.

5. Menari & bersenam. Or mungkin gabung keduanya. Zumba esok petang, guys?

6. Pakai kasut yang berat mcm kasut getah yang paras lutut tu. Lompat sekuat hati anda. Lepaskan marah dengan memijak lantai sekuat hati anda.

7. Ambil 1 kayu. Pergi karate pokok pisang yg dah tumbang atau pokok yang dah mati. Make sure pokok tu xcukup reput untuk jatuh atas kepala.

8. Main tenis atau handball.

9. Pergi masuk kelas muay thai atau boxing. Atau punch into something like a punching bag.

10. Pukul tin sekuat hati anda dan kemekkan. Catatkan berapa pantas anda lakukan.

No comments

Powered by Blogger.