4 Petanda Anxiety Disorder Yang Mungkin Anda Tak Tahu - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

4 Petanda Anxiety Disorder Yang Mungkin Anda Tak Tahu


Stress dan resah disebabkan kerja atau nervous memang normal, tetapi kalau stress sehingga menangis tidak tentu arah memang pelik bukan? 

Perasaan Takut Tiba-tiba

Jika anda berasa takut secara tiba-tiba tanpa sebab, segeralah berjumpa dengan doktor dan berinteraksi dengan orang ramai. Takut tanpa alasan yang munasabah seperti takut terhadap ketinggian, hujan dan perkara lain. Hati-hati sebab itu adalah tanda-tanda anxiety disorder tau!

Susah Untuk Tidur

Gangguan untuk tidur sememangnya berkaitan dengan pelbagai keadaan kesihatan sama ada fizikal mahupun psikologi. Tetapi, kalau korang susah untuk melelapkan mata disebabkan perkara yang kecil yang korang sendiri tak tahu jalan penyelesaiannya,  make sure korang check dengan kadar segera okay! 

Panic Attack!

Serangan panik boleh menjadi sesuatu yang menakutkan kerana ianya seakan-akan sama dengan serangan jantung. Seseorang yang diserang ‘panic attack’ akan menyebabkan mereka susah untuk bernafas, sakit dada, pening, berpeluh-peluh,  jantung berdebar dan lemah tubuh badan.

Bukan semua orang yang mengalami serangan panik ini mengalami ‘anxiety disorder’, tetapi mereka yang mengalaminya berulangkali, bermaksud korang berpotensi mempunyai  simptom anxiety disorder!
                                                                                            
Sukar Menjalinkan Hubungan

Lagi satu, jika korang mempunyai peristiwa lampau mesti akan trauma dan sentiasa terbayang tentang peristiwa tersebut bukan? Hal ini boleh menjadi punca anda sukar mempercayai seseorang dan sukar menjalinkan hubungan yang mendalam dengan orang yang dianggap istimewa. Malah, hubungan dengan orang terdekat juga mungkin turut terjejas atau semakin renggang. Korang mungkin melakukannya tanpa sedar kerana terlalu takut kehilangan mereka. 

Sumber: Xtra 

No comments

Powered by Blogger.