5 Sikap Isteri Yang Secara Tidak Sedar Boleh Lukakan Hati Suami - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

5 Sikap Isteri Yang Secara Tidak Sedar Boleh Lukakan Hati Suami


5 sikap isteri yang secara tidak sedar boleh melukakan hati suami dan menggoncang keharmonian rumah tangga seperti yang telah didedahkan oleh familyshare.com

1. Berbelanja lebih dari kemampuan

Sentiasa merungut tentang kekurangan dan ketidak mampuan suami terutama dari segi kewangan sebenarnya bukanlah cara yang bijak. Malahan ini bakal menyebabkan suami rasa tertekan dan menggambarkan seolah-olah dia gagal menjadi ketua keluarga yang baik.

2. Sentiasa berfikiran negatif

Sebaik saja suami melangkah keluar untuk bekerja, anda terus mencari sebab untuk serabutkan kepala dan merungut sendirian dengan semua perkara yang perlu anda hadapi seorang diri sepanjang hari.

Bolehkah anda bayangkan perasaan bengang sepanjang hari ini? Negatif di mana-mana. Merungut di setiap ketika. Tidak salah jika sesekali anda merungut dan meluahkan apa yang terbuku di hati kepada suami, tapi usah jadikan merungut dan membebel itu satu tabiat.

3. Mengutamakan perkara lain lebih dari suami

Dahulukan suami. Inilah sebenarnya kunci kepada sebuah perkahwinan yang bahagia dan berkekalan hingga ke akhir usia.

Antara punca ramai pasangan suami isteri masa kini yang bercerai adalah kerana kurang menghargai antara satu sama lain. Jika isteri memilih untuk mengutamakan suami, pastinya akan ada titik kebahagiaan di sini.

4. Kurang sentuhan dan belaian

Lelaki gemar di sentuh dan dibelai. Jika ajakan untuk hubungan intim sering di tolak, ia sebenarnya melukakan hati mereka. Malahan dalam islam sendiri telah menetapkan kewajipan seorang isteri memenuhi permintaan batin suaminya.

5. Tidak berterus terang

Wanita gemar memberi ‘hint’, bercakap dengan maksud tersirat yang sukar ditafsirkan oleh lelaki.

Usah buang masa anda dengan memberikan bahasa isyarat yang langsung suami tak faham. Berterus terang saja dan katakan apa yang anda mahu – straigt to the point. Jika di tanya apa yang tak kena? Usah sesekali menjawab “tak de apa-apa” dan kemudian mengharapkan suami anda dapat meneka kenapa anda merajuk. Memang dia akan ‘fail’. Berterus terang saja.

Sumber: The Vocket

No comments

Powered by Blogger.