7 Kerjaya Berisiko Tinggi Tanpa Pendidikan Tinggi Tapi Gaji Lumayan! - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

7 Kerjaya Berisiko Tinggi Tanpa Pendidikan Tinggi Tapi Gaji Lumayan!


Plastics Welders

Plastics Welders bertanggungjawab untuk mengimpal plastik seperti paip dan sebagainya. Kerjaya ini juga turut akan menjana pendapatan yang lumayan tanpa perlu ada pendidikan. Cuma perlu ada kemahiran sahaja.

Safety & Health Officer

Seiring dengan pembangunan pesat dalam negara, syarikat-syarikat pembinaan memerlukan lebih ramai Safety & Health Officer (SHO). SHO bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi mengikut standard yang telah ditetapkan oleh NIOSH DOSH. NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia)adalah satu badan yang banyak menawarkan sijil-sijil professional. Gaji yang ditawarkan untu kerjaya SHO ini cukup lumayan!.

Rig Operator / Operator pelantar minyak

Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas. Elaun harian yang diterima pastinya dapat menambahkan pendapatan. namun perlu ingat bahawa kerjaya sebegini perlu berkorban untuk berjauhan dengan keluarga.

Wireman

Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

Chargeman

Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah (Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah). Walaupun kerjaya sebegini berbahaya kerana anda akan bermain dengan elektrik bervoltan tinggi, namun ianya memberi pulangan yang lumayan!.

RoHS officer

RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS. Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS.

Offshore Inspection

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy dan syarikat berkaitan dengannya. Kerjaya sebagai Offshore Inspection ini sangat sesuai dengan anda tetapi anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh beberapa institusi seperti CSWIP , Jabatan Pembangunan Kemahiran (Skills Malaysia), NIOSH untuk memperolehi kepakaran dan kelayakan bekerja dalam bidang tersebut. Kebaikan sijil yang dikeluarkan seperti CSWIP, ianya diiktiraf di Malaysia termasuk di peringkat antarabangsa.

Welding Inspector & Welding QC Co-ordinator

Welding Inspector atau inspektor kimpalan bertanggungjawab mengawasi semua aktiviti dan tugas kakitangan kimpalan dalam memastikan kualiti kimpalan, menyiapkan kimpalan mengikut masa yang ditetapkan dan memastikan segala-galanya adalah mengikut cara kerja yang betul. Welding inspector perlu mempunyai pengetahuan lanjutan berkaitan prosuder kimpalan.

Sumber: www.afterschool.my

No comments

Powered by Blogger.