Bacaan Doa Untuk Lembutkan Hati Yang Keras - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Bacaan Doa Untuk Lembutkan Hati Yang Keras



Perkongsian oleh Ustaz Norazri Medzlan,

Bacaan Doa Untuk Lembutkan Hati Yang Keras Bagi Diri Sendiri/Suami/Isteri/Anak-anak/Keluarga

Kaedahnya letak tangan didada dan baca surah As Syura ayat 19. Baca sebanyak 19 kali atau lebih. Boleh juga dibaca, Pada air dan dibuat minum atau hembus di ubun-ubun anak semasa mereka sedang tidur. Maksud ayat ini:

Maksudnya : “Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa” (Surah Asy-Syuura ayat 19)

Berkat usaha, insyaAllah anak-anak boleh mendengar kata. Mudah ikut nasihat ibu bapa. Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa sudah berikan contoh yang kita rasa terbaik, sudah mengajar anak perkara-perkara wajib, namun ada kala mungkin kita terlepas pandang.

Iman Tidak Dapat Diwarisi

Mungkin juga tidak salah ibu bapa yang memberikan terbaik, namun seperti mana iman yang tidak boleh diwarisi, kita usaha sedaya mungkin untuk bantu anak-anak selain dari nasihat amat bagus juga kita doakan mereka.

Doa ibu bapa kan penuh dengan barokah. Usaha sebaik mungkin untuk melihat anak-anak menjadi manusia berguna.

Selain daripada membawa surah as syura ayat 19 tadi, anda boleh baca zikir "Ya Latif" sebanyak 7x dan hembus di ubun-ubun anak-anak semasa mereka tidur. Mudah mudahan menjadi anak yang soleh solehah dan mudah mendengar kata ibu bapa.

Juga satu amalan yang lain adalah membaca "Ya Latif" semasa menyediakan masakan untuk keluarga. Kita tahu makna Ya Latif adalah Yang Maha Lembut. Mudah mudahan dengan air tangan ibu yang memasak dengan kasih sayang sambil mengamalkan ya Latif, anak-anak mendapat manfaat. Bukan anak-anak sahaja, suami pun akan lebih lembut hati, merasa kasih dengan isteri 😊

Sumber: Ustaz Norazri Medzlan

No comments

Powered by Blogger.