Cara Buat Bancuhan Ikan Celup Tepung Yang Halus, Rangup & Sedap - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Cara Buat Bancuhan Ikan Celup Tepung Yang Halus, Rangup & Sedap



Perkongsian oleh Nor Syahidah,

Bahan:

Tepung beras secukupnya – ikut jumlah ikan
1 biji telur – jika guna ikan banyak, tambah jumlahnya
Serbuk kunyit
Kapur makan
Garam secukup rasa
2 @ 3 ketul ais – bergantung kepada kepekatan tepung

Cara:

1. Satukan tepung dan telur. Gaul sebati.
2. Dalam bekas berlainan, satukan kapur makan, serbuk kunyit dan air. Adun sebati.
3. Tambahkan garam dengan secukup rasa.
4. Akhir sekali, tambahkan ais. Gaul rata. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
5. Bolehlah celup ikan dan goreng hingga masak. Hasilkan kerak ikan celup tepung anda akan jadi lebih halus dan lebih rangup.


No comments

Powered by Blogger.