Dulu Gagal SPM, Kini Gaji Mencecah RM19,000 Sebulan - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Dulu Gagal SPM, Kini Gaji Mencecah RM19,000 Sebulan


Pernah gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM bukanlah satu titik noktah kerana masih banyak peluang yang menanti dimasa akan datang.

Itu yang dilalui oleh tiga anak muda epasan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur, Muhamad Badiuzaman Ya abu Bakar, 33, Mohd Faizal Ismail, 35 dan Muhamamd Qamarul Auji Amran, 32, apabila berjaya dalam bidang masing-masing.


Mereka kini antara pelatih dalam bidang kimpalan dan jururegah yang memperoleh pendapatan RM15,000 hingga RM19,000 sebulan, sekaligus dilantik sebagai ikon Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Masa mula-mula kerja gaji saya hanya RM1,400. Tahun 2010, saya diberi kepercayaan jadi jurukimpal di laut syarikat swasta dengan pendapatan mencecah RM19,000 sebulan,” kata Muhammad Badiuzaman yang berasal dari Kampung Ibok, Kemaman. Beliau kini berkhidmat sebagai jurukimpal pelantar minyak sebuah syarikat milik Amerika Syarikat di Arab Saudi sejak tiga tahun lalu.

Menurut Mohd Faizal pula, bidang kemahiran telah membuka banyak dimensi baru kepadanya selepas gagal meraih keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Sumber: Sinar Harian

No comments

Powered by Blogger.