Gaduh Lah Macam Mana Pun Jangan Gunakan 8 Ayat Ini! - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Gaduh Lah Macam Mana Pun Jangan Gunakan 8 Ayat Ini!


Pergaduhan antara suami isteri merupakan situasi yang tidak dapat dielakkan lagi. Apabila hal ini berlaku, suami isteri dinasihatkan untuk menjaga batas-batas tertentu.

1. Jangan menyebut dan melibatkan ibu bapanya

Kita hanya bergaduh dengannya dan bukan dengan ibu bapanya. Maka jangan sesekali menyebut sesuatu yang boleh menghina ibu bapanya. Ucapan seperti. “Menyesal aku terima pinangan mak ayah hang dulu..” atau “Mak dengan anak serupa sahaja perangainya..” adalah antara ucapan yang sangat ditegah.

Ucapan-ucapan seperti itu adalah suatu penghinaan terhadap pasangan kita dan ibu bapanya. Melibatkan ibu bapa dalam pergaduhan akan menyebabkan pasangan yang dihina ibu bapanya itu akan menjadi bertambah berang dan perkara yang lebih buruk mungkin terjadi.

2. Jangan sesekali mengungkit setiap pemberian yang kita berikan

Pasangan suami isteri yang diikat dengan ikatan pernikahan yang sah dan suci ini biasanya sudah bersatu hati untuk saling bekerjasama dan bantu-membantu dalam mengukuhkan rumah tangga yang dibina.

Antaranya dengan menunjukkan kasih sayang dan memberikan barangan bersifat material kepada pasangan. Ada masanya kita belanja pasangan kita sepasang baju, memberi bunga atau apa-apa sahaja yang menggembirakan hatinya. Jadi jangan ungkit terhadap apa yang kita pernah berikan kepada pasangan.

Jangan sesekali katakan padanya, “saya belikan abang baju yang mahal dulu, itu pun tak reti nak jaga..” atau “Tak kenang budi, orang dah tolong banyak pun dia membebel lagi..” Perbuatan itu hanya akan mengguris perasaannya dan menunjukkan ketidakikhlasan kita ketika memberikannya dahulu. Perbuatan mengungkit juga hanya akan merugikan pahala kita.

3. Jangan sebut kita ingin meninggalkannya

Gaduh-gaduh pun, janganlah sesekali kita berkata kepadanya bahawa inilah kali terakhir kita berjumpa dengannya dan selepas ini kita tidak mahu menemuinya lagi.

Jangan cakap seperti itu. Ini seolah-olah kita sudah tidak mahukan pasangan kita lagi.

Terguris hati pasangan jika mendengar kata-kata seperti, “kalau abang tahu sayang buat macam tu lagi, sayang tak akan jumpa abang lagi..” atau “Perangai awak ni buat saya nak kawin lagi sorang dengan orang lain tau tak?!..”. Jangan perbesarkan pergaduhan kita dengan kata-kata seperti ini.

4. Jangan bertengkar depan anak-anak

Kalau pun kita tengah bergaduh, janganlah bertengkar dihadapan anak-anak. Bimbang ia akan menjadi contoh yang tidak baik kepada mereka. Ada suami yang mencengkam rambut isteri dihadapan anak-anak. Kemudian kepala isteri digoncang-goncang dan didera dengan pelbagai tindakan lagi.

Jangan lakukan ini dihadapan anak-anak. Tapi tidak bermakna kita boleh lakukan secara sembunyi-sembunyi pula. Tindakan ini akan dilihat oleh anak-anak sehingga boleh membentuk persepsi dalam minda mereka bahawa semua lelaki itu jahat. Atau bila perempuan buat salah maka lelaki boleh berkasar dengannya.

Bahkan, ia juga boleh mengganggu emosi anak-anak sehingga menyebabkan mereka fobia untuk berumahtangga kelak.

5. Jangan mengangkat tangan atau memegang sebarang objek

Jangan sesekali kita mengangkat tangan untuk tujuan memukul isteri kita. Begitu juga dilarang menggunakan apa-apa objek untuk memukul, ia akan menambah keretakan rumahtangga, malah boleh menjadi kes dera tanpa kita sedar.

Jika seorang suami suka mendera isteri, itu bermaksud dia bukanlah pasangan yang baik. Bahkan dia bukanlah pasangan yang kuat, kerana orang yang kuat adalah orang yang mampu manahan sabar. Sebagai ketua keluarga, kita kena pandai mengawal keadaan, bukannya menyumbang kepada hubungan yang makin teruk.

6. Jangan sebut kekurangan pasangan

Janganlah kita menghina isteri atau suami untuk apa tujuan sekalipun ketika bergaduh. Lebih-lebih lagi yang dihina itu adalah bahagiaan anggota tubuh badannya. Ini perkara sensitif buat pasangan.

No comments

Powered by Blogger.