Masker Kunyit Untuk Skrub Badan & Muka - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Masker Kunyit Untuk Skrub Badan & Muka


Dah siap kupas kunyit hidup ini semalam & diblend dapatlah setengah balang hasilnya. Apa yang saya buat dengan kunyit yang diblend ini ialah masker muka, guna sebagai scrub ketika mandi & buat jus asam kunyit .

Mengikut kepercayaan orang india, mereka guna kunyit terutamanya wanita untuk scrub badan & muka bagi melembutkan kulit yang kasar, kurangkan jerawat, menanggalkan rambut/bulu halus pada kaki, tangan & atas bibir (misai halus) serta digunakan setiap hari dengan konsisten.

Kunyit dikatakan mampu menegangkan kulit wajah dari terus kendur, berkedut & awet mudakan secara semulajadi supaya tidak nampak tua dari usia sebenar.

Jus asam kunyit adalah minuman yang terbaik bagi wanita diminum sebulan sekali bagi menguatkan rahim, mengecutkan semula rahim selepas bersalin & menjaga dalaman badan perempuan.

Untuk masker, saya gunakan kunyit setengah sudu kecil saja kerana warna kuningnya yang terang asli akan menjadikan wajah nampak kuning BLING BLING keemasan. Saya gunakan sepotong tomato (disapukan kunyit) ATAUPUN 1 sudu madu dicampur bersama kunyit & disapukan pada seluruh wajah sebelum tidur.

Bila dah kering, boleh cuci muka guna pencuci muka yang sesuai, sebaiknya gunakan produk yang natural. Lama-kelamaan wajah nampak bersih, mulus tanpa kesan minyak, jerawat & bebas jeragat.

Kredit : Jit Kaur

No comments

Powered by Blogger.