Padah Biarkan Isteri Merajuk Terlalu Lama - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Padah Biarkan Isteri Merajuk Terlalu Lama


Berlaku sahaja pergaduhan pasti kaum wanita yang akan merajuk, haa betul tak? 

Walaupun keadaan tegang dan serius anda dan pasangan seharusnya tidak boleh tinggalkan atau keluar dari rumah. 

Bagi sesetengah lelaki, mungkin anda akan lakukan perkara ini untuk release seketika tetapi harus diingatkan bahawa isteri anda masih lagi perlukan perhatian dan suami di sisi. 

Buat para lelaki bila isteri anda merajuk perkara pertama sekali jangan sampai biarkan isteri anda berasa jauh hati. 

Perkara ini bukan sahaja akan menggangu dari sudut fizikal, sebagai contoh  tidak bertegur sapa tetapi ia akan jadi melarat sampai boleh kacau mood isteri dan berasa tiada lagi kewujudan seorang suami di sisi. Haa bahaya kalau wanita dah mula merajuk ni..

Jika sering  berlaku pertelingkahan dalam rumah tangga seorang isteri pasti akan lebih mementingkan anak berbanding suami. Anak merupakan kekuatan kepada sesebuah keluarga, dan ia juga merupakan tali pengikat antara suami dan juga isteri. Apabila isteri tidak lagi mendapat perhatian daripada suami secara tidak langsung isteri akan lebih mementingkan anak dan ia mula mengabaikan suaminya kerana itu adalah tanda hatinya tawar. Anda sebagai isteri tidak seharusnya berbuat sedemikian kerana ianya dipengaruhi oleh emosi dan tindakkan tersebut akhirnya akan membawa kesan negatif.

Wanita ini sememangnya mempunyai sifat sensitif, apabila bergaduh dengan orang yang dia sayang pasti akan memberi kesan yang besar dalam dirinya. 

Perkara ini juga akan menjadikan wanita sangat tertekan dan perlukan lebih perhatian daripada seorang suami. 

Bagi pasangan yang mempunyai masalah dalam rumah tangga berdiam diri untuk seketika adalah cara terbaik tetapi harus diingatkan jangan biarkan terlalu lama takut ia akan menjadi gangguan emosi buat wanita.

Sumber: Pesona Pengantin 



No comments

Powered by Blogger.