Penyebab & Simptom Kegagalan Jantung, Awas! - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Penyebab & Simptom Kegagalan Jantung, Awas!


Profesor Perubatan Dan Kardiologi, Universiti Malaya, dan Presiden Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM), Profesor Dato’ Dr. Wan Azman Wan Ahmad berkata,

“Kegagalan jantung memberi impak yang besar terhadap negara. Ia turut membawa kesan buruk terhadap kehidupan pesakit dan penjaga mereka.

“ Dalam persekitaran klinikal, kami dapat melihat kesan kegagalan jantung dengan lebih ramai pesakit dimasukkan ke hospital akibat kerumitan yang disebabkan oleh kegagalan jantung setiap hari.”

Penyebab Kegagalan Jantung

Menurut Profesor Dato’ Dr. Wan Azman antara penyebab kegagalan jantung adalah seperti berikut:

-Penyakit arteri koronari

-Serangan jantung

-Hipertensi

-Penyakit otot jantung

-Kerosakan jantung sewaktu dilahirkan

-Penyakit paru-paru teruk

-Kebocoran injap

-Diabetes Mellitus

Simptom-Simptom Yang Perlu Diberi Perhatian

Jelas Profesor Dato’ Dr Wan Azman berkata adalah penting bagi mereka yang berisiko tinggi mengalami kegagalan jantung untuk memahami simptom-simptom yang dialami.

Antara simptom-simptom kegagalan jantung termasuklah:

-Sesak nafas (mungkin sepanjang masa apabila menggunakan tenaga lebih atau pada waktu malam semasa berbaring).

-Kepenatan dan rasa lemah

-Bengkak pada kaki atau edema

-Degupan jantung pantas atau tidak teratur

-Intoleransi senaman

-Batuk berterusan atau nafas berdehit dengan keluarnya kahak berwarna putih atau berdarah

-Rasa ingin kencing meningkat terutamanya pada waktu malam

-Perut sakit dan kembung

-Pertambahan berat badan yang mendadak (retensi air)

-Kekurangan selera makan

-Kesukaran berbaring rata tanpa bantal lebihan

Sumber: MW

No comments

Powered by Blogger.