Sambal Hitam Mudah & Paling Ekspres, Yang Penting Sedap! - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Sambal Hitam Mudah & Paling Ekspres, Yang Penting Sedap!


Bahan:

*Bawang besar
*Bawang kecil
*Bawang putih
*Cili api
*Belimbing
*Chilli flakes (guna yang beli siap atau buat sendiri)
Ikan bilis
Garam
Perasa / Kicap / Sos Tiram

Cara:

1. KISAR
Mula-mula masukkan semua bahan bertanda * di atas ke dalam blender.


Mungkin ada yang tanya, chilli flakes ni ada jual yang dah siap, macam saya guna jenama Padu ni. Kalau tak ada, boleh kisar cili kering tu sikit atau guna serbuk cili. Ikut taste masing-masinglah ye.

2. TUMIS
Bila dah siap blend, lepas tu tumiskan aja semua bahan tu dalam kuali.


3. GORENG BILIS
Sambil tu gorengkan ikan bilis sampai rangup.


Nak goreng dulu bilis lepas tu baru tumis dalam kuali dan minyak yang sama ni pun boleh.

4. MASUKKAN BILIS YANG DAH DITUMBUK
Lepas dah tumis pecah minyak, boleh masukkan bilis yang dah digoreng tadi.


Sebelum tu, tumbuk sikit bilis yang dah digoreng tadi guna lesung, tapi tak payah hancur sangat. Boleh tengok macam gambar dekat bawah ni.

5. PERASAKAN
Akhir sekali, bolehlah perasakan dengan garam, kicap, sos tiram dan serbuk perasa kalau suka.

Gaul sebati dan siaaaaaaappppp.

Perkongsian oleh  Puan Aida Husin.

No comments

Powered by Blogger.