Wanita Hamil Kerap Rasa Mual dan Muntah Tanda Bayi Akan Miliki IQ Tinggi - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Wanita Hamil Kerap Rasa Mual dan Muntah Tanda Bayi Akan Miliki IQ Tinggi


Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Reproductive Toxicology, bayi yang dilahirkan dari ibu yang mengalami loya dan muntah mempunyai IQ yang lebih tinggi ketika mereka berusia antara tiga dan tujuh tahun.

Tidak cukup itu, berita baik lain juga diikuti dengan ibu yang mengalami mual dan muntah pada kehamilan awal dipercayai mengurangkan cacat kelahiran sebanyak 30 hingga 80 peratus, dan jauh dari risiko bayi pramatang.

“Analisis ini mendedahkan kesan yang konsisten dan bermanfaat daripada loya dan muntah. Itu adalah menguntungkan kedua-duanya daripada menurunkan kadar keguguran, kecacatan, kongenital, pertumbuhan janin, pramatang, dan akan mempunyai hasil perkembangan yang lebih baik pada ujian psikologi,” jelas penulis utama Gideon Koren dari Jabatan Pediatrik, yang dipetik dari laman Grid.ID.


No comments

Powered by Blogger.