4 Cara Kesan Kamera Tersembunyi Di Bilik Hotel Kita ‘Check In’ - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

4 Cara Kesan Kamera Tersembunyi Di Bilik Hotel Kita ‘Check In’


Perkongsian oleh @luqmanhkm93,

1. Ketahui lokasi biasa kamera tersembunyi.

Menurut pemuda ini selalunya penjenayah akan menyembunyikan kamera ini di tempat-tempat yang sukar untuk dilihat mata kasar. Antaranya ialah:


1) Pengesan asap
2) Penapis udara
3) Buku
4) Hiasan dinding
5) Kotak tisu
6) Teddy bear
7) Kotak TV digital
8) Penyakut pakaian
9) Pen
10) Almari

2. Tutup lampu


Kedua, sebelum masuk ke bilik, pastikan kesemua lampu ditutup. Pasangkan lampu pada telefon bimbit dan suluhkan pada mana-mana tempat di ruang bilik tersebut.

3. Periksa wifi


Ketiga, buka wifi di telefon bimbit dan cuba kesan jika ada talian atau sambungan wifi yg pelik muncul di telefon anda. Lebih mudah, pasangkan aplikasi Fling di telefon.

4. Dah jumpa cabut kabel

Keempat, cabut mana-mana kabel yang disyaki kamera tersembunyi tersebut. Dah tahu caranya, setiap kali check in bilik hotel pastikan korang check dulu ya.

No comments

Powered by Blogger.