4 Tabiat Ini Penyebab Rambut Lelaki Cepat Botak Di Usia Muda! - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

4 Tabiat Ini Penyebab Rambut Lelaki Cepat Botak Di Usia Muda!


William D. Yates, terdapat beberapa gaya rambut yang boleh menyebabkan lelaki cepat botak terutamanya bagi mereka yang miliki lapisan rambut sedikit atau nipis. Oleh itu, pastikan anda jauhi empat tabiat ini.

1. Pakai topi ketat

Tak dinafikan, topi jenis snapback, cap atau beanie membuatkan penampilan anda lebih menyerlah. Malah topi juga merupakan penyelamat kepada anda yang mengalami masalah keguguran rambut atau kebotakan kerana ia boleh menutupi bahagian yang botak itu. Namun tanpa anda sedar, pemakaian topi yang terlalu ketat dengan pemakaian dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan berlakunya traction alopecia atau keguguran rambut secara berkala. Tabiat ini akan menyebabkan rambut kurang bernafas sehingga rambut jadi nipis dan akhirnya botak.

2. Jangan ikat rambut terlalu kuat

Memang ramai lelaki yang suka menyimpan rambut panjang. Malah man bun menjadi antara gaya rambut yang popular di kalangan lelaki berambut panjang. Apa yang salahnya apabila anda mengikat rambut terlampau ketat dalam jangka masa yang lama. Ini boleh menyebabkan tekanan berlebihan kepada akar rambut. Menurut William D. Yates, ramai lelaki yang menerapkan gaya rambut man bun ini mengalami masalah rambut gugur yang serius. Jadi awas ye untuk anda yang berambut panjang!

3. Elak ikat rambut tocang

Bagi lelaki berambut panjang, ikatan gaya man braid pastinya menjadi pilihan. Apatah lagi gaya ini sudah menjadi trend di antara selebriti lelaki. Gaya french braid, cornrow, side plaits atau mini braids tidak dinafikan mampu membuatkan lelaki tampil edgy. Namun gaya rambut seperti ini juga berisiko kepada rambut dan kulit kepala. Sama seperti man bun, gaya ini juga boleh memberi tekanan yang berlebihan kepada batang rambut yang akhirnya menyebabkan rambut menjadi rapuh dan mudah gugur.

4. Kurangkan produk dengan bahan kimia

Seperti yang dipetik dari news.com, semua gaya rambut yang menggunakan bantuan styling product secara berlebihan boleh menyumbang kepada masalah kebotakan. Sisa bahan kimia akan berkumpul pada kulit rambut dan membentuk kotoran yang mengganggu keseimbangan pH di kulit kepala sehingga akibatnya, kulit kepala menjadi tidak sihat dan gagal mencengkam akar rambut dengan baik. Jadi berhati-hatilah menggunakan produk sebegini. Jangan kerana ingin mengikut trend, anda sanggup mengabaikan kesihatan rambut.

Sumber: Maskulin

No comments

Powered by Blogger.