8 Sikap Lelaki Yang 'Confirm' Dapat Pikat Hati Wanita - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

8 Sikap Lelaki Yang 'Confirm' Dapat Pikat Hati Wanita


Ada beberapa sikap lelaki yang biasanya akan dapat menarik hati perempuan, antaranya adalah seperti berikut:

1. Kelakar
Perempuan lebih tertarik dengan lelaki yang pandai buat lawak. Daripada berkawan dengan lelaki yang pendiam dan serius, perempuan lebih memilih lelaki yang boleh membuatkan mereka tergelak. Barulah hidup tu rasa ceria dan kalau ada masalah pun boleh hilang stress.

2. Caring
Siapa yang tidak suka bila ada individu lain yang mengambil berat tentang dirinya. Kalau sakit, ada yang concern. Ada masalah sikit pun, mereka boleh alert. Tapi, awas ye. Ada beza lelaki yang caring dan mengongkong. Bukan bermakna mereka berhak untuk tahu semua gerak geri korang setiap hari.

3. Pandai bertukang
Remy Ishak kata, orang-orang tua cakap kalau nak cari calon suami, biarlah yang pandai bertukang. Katanya senang untuk bina masjid hingga ke syurga. Eh? Okay gurau je.

Ada juga perempuan yang suka kepada lelaki yang pandai bertukang dan tahu hal-hal tentang rumah. Baiki kipas rosak, cat rumah dan paling penting, rajin mengemas. Tak letak semua beban pada kaum wanita. Cewah!

4. Pendengar yang setia
Kalau tak dapat nak tolong selesaikan masalah pun, perempuan dah bersyukur kalau ada yang sudi mendengar masalah atau ‘bebelan’ mereka setiap hari. Maklum saja, perempuan ni semua benda nak bercerita.

Apa yang jadi pada mereka satu hari ni mesti akan diceritakan pada si dia. So, sebab tu mereka suka lelaki yang boleh menjadi pendengar yang baik.

5. Pandai masak
Ini bonus. Kalau ada lelaki yang hebat di dapur, perempuan memang akan cair. Biasa kita dengar kerja perempuan saja di dapur, tapi jika lelaki tersebut pandai masak dan rajin pula tu, confirmlah takkan ditolak. Hiks!

6. Suka kanak-kanak
Ahh, yang ni pun selalu buat perempuan cair. Lelaki yang sayang dan sukakan kanak-kanak. Pandai jaga dan pujuk mereka, lagilah perempuan suka tengok. Hehe!

Maklum saja, perempuan pun kena cari calon suami yang boleh jadi ayah kepada anak-anak mereka kan? Betul tak?

7. Pandai ambil hati keluarga
Bukan hanya perlu ambil hati mereka, perempuan juga mahukan lelaki yang boleh menyayangi dan menerima keluarga mereka. Paling tidak, ambil hati dan hormatilah kedua ibubapanya.

8. Setia
Nah, mana-mana perempuan mahukan pasangan yang setia. Kalau memang lelaki tu playboy, awal-awal lagi mereka dah pangkah. 

Sumber: Remaja

No comments

Powered by Blogger.