Air Chia Seed & Kurma, Lawaskan Perut & Jadikan Kulit Awet Muda - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Air Chia Seed & Kurma, Lawaskan Perut & Jadikan Kulit Awet Muda


Amalkan minuman mengenyangkan menggunakan Chia Seed dan kurma seperti yang dikongsikan Zamira Mohammad Ali menerusi laman Facebooknya.

1. Chia Seed ni boleh beli di Cosway. Kat Tesco pun ada rasanya. Kak Migha selalu beli kat Cosway ja. Kurma boleh guna hat Yusof Taiyoob dalam kotak tu. Tapi jangan banyak taw. Muak nak ngabihkan. Letak dalam 3 biji pun dah cukup mengenyangkan. Tapi feveret Kak Migha Kurma Ajwa. Letak 7 biji. Sedaaappp. Yummy.

2. Air kosong dalam 250 ml. Antara bahan wajib ado ni.

3. Siat-siatkan kurma tu jadi keping kecik kecik. Masukkan dalam air. Rendam sekali ngan biji kurma tu. Jangan buang plak.

4. Masukkan Chia Seed dalam anggaran 10gram. Kak Migha sukat pakai pencedok susu tu. Boleh ngam la 10gram.

5. Kacau bagi rata Chia Seed tu. Supaya tak bergentel. Nak senang tutup je tupperware tu dan goncang bagi dia berenang-renang secara solo. Ok dah siap. Simpan dalam fridge.

No comments

Powered by Blogger.