Biar Betul Kajian Dedahkan Selalu Ber-Whatsapp Baik Untuk Kesihatan - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Biar Betul Kajian Dedahkan Selalu Ber-Whatsapp Baik Untuk Kesihatan


Mengikut kajian oleh penyilidik di Edge Hill University England, mereka mendapati penggunaan aplikasi messaging Whatsapp adalah baik untuk kehidupan kita.

Sepanjang kaji sedilik atas talian yang dijalankan, seramai 200 orang responden dalam lingkungan umur 24 tahun, menggunakan aplikasi ini sebagai tempat online bonding atau tempat mengeratkan siratulrahim.

Mereka juga melaporkan ia dapat meningkatkan keyakinan diri serta dapat mengurangkan rasa kesendirian. Sebagai satu contoh, beramah mesra bersama keluarga dalam aplikasi ini.

Purata penggunaan aplikasi messeging adalah 55 minit setiap hari. Semakin lama meluangkan masa dalam aplikasi ni dapat mengeratkan lagi hubungan antara kawan dan keluarga.

ada kajian tunjuk selalu ber-whatsapp baik untuk kesihatan

Salah satu penyelidik, Dr Linda Kaye berkata :

"Terdapat banyak perdebatan tentang menghabiskan masa di media sosial adalah tidak baik untuk kesihatan tetapi kami mendapati ia mungkin tidak seburuk yang dijangka.

"Nampaknya penggunaan WhatsApp untuk berhubung dengan rakan-rakan rapat adalah baik untuk aspek kesejahteraan kita."

Walau macam mana sibuk pun, kita hendaklah mencari masa untuk diluangkan bersama keluarga. Mungkin aplikasi seperti ini adalah satu alternatif untuk anda berama mesra bersama yang tersayang.

Sumber : theRakyatPost

No comments

Powered by Blogger.