Cara Buat Barli Untuk Ibu Mengandung & Menyusu - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Cara Buat Barli Untuk Ibu Mengandung & Menyusu



Cara buat air barli ni tak susah pun. Lagi elok kalau kita buat sendiri di rumah sebab biasanya yang dibeli di kedai makan atau yang segera telah ditambah dengan banyak gula.

Berdasarkan sebuah artikel dalam MomJunction.com, air barli atau sup barli boleh menjadi sumber asid folik tambahan dalam diet semulajadi ibu kerana dalam 100g barli mengandungi 200mcg asid folik.

Caranya mudah saja.

Mula-mula ambil secawan bijirin barli dan basuhkan dengan bersih.
Kemudian rebuskan dalam 3 cawan air.
Tunggu hingga barli kembang. Untuk aroma lebih wangi, letakkan sehelai dua daun pandan. Tambahkan air lagi jika perlu.
Tambahkan sedikit gula untuk menambah rasa manis.
Lebih elok jika diperasakan dengan madu atau sedikit lemon tanpa gula. Tetap sedap!

No comments

Powered by Blogger.