Cendawan Jarum Goreng Tepung, Simple & Sedap! - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Cendawan Jarum Goreng Tepung, Simple & Sedap!


Perkongsian oleh Hanis Hazi, resepi enoki goreng atau nama lainnya cendawan jarum.

1- Potong akar cendawan tersebut, basuh dan ceraikan antara satu sama lain. Cendawan ini datang dalam bentuk gumpalan.

2- Bancuh tepung untuk menggoreng. Kalau nak senang guna tepung yang sudah dibancuh seperti Bestari atau Kentucky. Sekiranya anda rajin bolehlah bancuh tepung sendiri mengikut citarasa masing-masing. Nak rangup, letak sedikit tepung beras ke bancuhan tersebut.

3- Goreng sehingga kering, tetapi jaga-jaga jangan sampai terhangus.

4- Toskan dan letak dialaskan tisu dapur atau kitchen towel.

Nak tahu tips untuk menjadikan bahan gorengan kekal rangup lebih lama? Sediakan para-para dan letakkan tisu itu di bawah para tersebut. Dengan cara ini, minyak dapat ditoskan sepenuhnya dan terasing dengan barang gorengan. Jadi bahan anda tidah serap balik minyak tersebut!

No comments

Powered by Blogger.