‘Deep Cleaning’ Tilam Untuk Nyah Kuman & Kotoran - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

‘Deep Cleaning’ Tilam Untuk Nyah Kuman & Kotoran


Perkongsian oleh Syuhaidah Asmaa Khalid,

Langkah ‘deep cleaning’ tilam.

Tilam ni tempat biak banyak kuman-kuman, kita habiskan masa secara puratanya 5-8 jam sehari atas tilam, so deep clean sangat perlu ok..

Nak angkat tilam jemur memang tak larat tambah lagi kalau tilam tebal 12 inchi. Jadi boleh guna cara ni untuk buat deep clean mattress. Boleh buat dalam 4 bulan sekali atau bila ada family members yang demam atau sakit.

Cara:

1- Vacum tilam guna kepala vacum yang kecik muncung tirus (bukan untuk lantai)

2- Hilangkan kotoran pada tilam : terpulang la pakai cara apa pun. Saya lebih suka letak baking soda, sembur ngan cuka biarkan seketika, gosok denga kain (boleh skip step ni kalau tilam tak kotor)

3- Tabur baking soda biarkan dlm 4-6 jam untuk serap lembapan dan bau.

4- Vacum lebihan soda bikarbonat atas tilam.

5- Sembur dengan bancuhan dettol bersama air

6- Anginkan tilam dengan buka semua tingkap. Dah siap!

No comments

Powered by Blogger.