Disebabkan Ibu Bapa Tak Boleh Manjakan Sangat Anak Lelaki - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Disebabkan Ibu Bapa Tak Boleh Manjakan Sangat Anak Lelaki


Perkongsian dari Dr. Taufiq Razif bagaimana mahu mendidik anak lelaki menjadi pemimpin yang hebat di masa hadapan.

Jangan manjakan anak lelaki

Saya pernah tengok ada anak lelaki jadikan mak dia hamba. Daripada buang sampah sampai lah basuh mangkuk jamban pun maknya yang terpaksa buat.

Selidik punya selidik rupanya si emak terlampau manjakan si anak lelaki!

Niat dah baik tapi caranya tu salah. Anak mungkin berhak jadi raja hanya ketika umurnya di bawah 2 tahun tapi bukannya sampai umur 20 tahun!

Tanpa sedar kasih sayang tadi menjadi 'delicious poison' yang membunuh kepimpinan dalam diri si anak tadi. Sebab tu la :

Jangan takut bagi anak lelaki cuci pinggan
Kena berani suruh anak lelaki buang sampah
Kena tegas suruh anak buat kerja mengemas
Kena biasakan anak lelaki memasak
Kena ajar anak yang kerja rumah bukannya kerja orang perempuan semata

Ini semua adalah persedian hidup untuk menjadikan anak seorang pemimpin. Pemimpin adalah orang yang memahami dan tahu keperluan orang yang di bawah tanggungjawabnya suatu hari nanti.

Taufiq Razif

Bapa yang percaya anak takkan bertukar pondan hanya kerana pandai memasak dan mengemas rumah!

p/s: Sebab tu saya buka kelas parenting percuma di telegram saya. Semoga ilmu parenting kita lebih bertambah dan berkualiti. 

Sumber: Dr Taufiq Razif

No comments

Powered by Blogger.