Purata 50 Orang Mati Setiap Hari Sebab Sakit Jantung Di Malaysia - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

Purata 50 Orang Mati Setiap Hari Sebab Sakit Jantung Di Malaysia


Menurut Jabatan Perangkaan Negara, terdapat lima punca utama yang menyumbang kepada punca kematian, iaitu sakit jantung 15.6 peratus diikuti Pneumonia (11.8%), Cerebrovascular diseases (7.8%), Transport accidents (3.7%) dan Chronic lower respiratory diseases (2.6%).

Daripada 15.6 peratus tersebut, sebanyak 18,267 jumlah kematian direkodkan, dengan 12,510 daripadanya adalah golongan lelaki, manakala 5,757 kes adalah wanita.

Pecahan mengikut kaum pula, sebanyak 11,350 kes adalah berbangsa Melayu, 4,243 Cina, 2,240 India dan 434 adalah lain-lain.

Tambah lagi, secara purata kira-kira 50 kematian akan direkodkan setiap hari akibat daripada penyakit jantung.

Perbandingan dari umur pula merekodkan, Pneumonia adalah sebab kematian utama bagi mereka yang berumur 0 hingga 14 tahun iaitu 4.8 peratus diikuti Transport accidents (20.4%) dan penyakit jantung masing-masing kepada umur 41-59 tahun dan atas 60 tahun sebanyak 19.2% dan 16.6%.

No comments

Powered by Blogger.