Selalu Tengok Kartun Dalam Telefon Bimbit, Mungkin Berisiko Buta - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

Selalu Tengok Kartun Dalam Telefon Bimbit, Mungkin Berisiko Buta


Jika anda selalu membenarkan anak atau adik anda yang masih kecil menonton kartun pada smartphone, anda mungkin boleh hentikan ia bermula daripada sekarang.

Ini adalah kerana seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun telah mengalami masalah penglihatan selepas tinggal bersama datuk dan nenek yang sering memberinya telefon bimbit.

Tong Tong sering bermain telefon pintar dan menonton kartun setiap hari kerana hanya dengan cara itu akan membuat dia duduk diam.

Namun, apabila dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan, doktor terkejut apabila penglihatannya terjejas menyebabkan rabun jauh setinggi 200 darjah.

Buat masa ini, Tong Tong terpaksa menggunakan cermin mata bagi memperbetulkan penglihatannya. Namun jika kanak-kanak ini masih lagi menggunakan telefon bimbit, dia mungkin berisiko untuk buta penglihatan.

Sumber: Setn, World of Buzz

No comments

Powered by Blogger.