5 Pekerjaan Yang Sering Terdedah Kepada Perbuatan Curang - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

5 Pekerjaan Yang Sering Terdedah Kepada Perbuatan Curang


Pengkaji, Victoria Mila yang menemui terdapat beberapa skop kerja memudahkan seseorang curang. Kajian tersebut turut mengemukakan isu 65 peratus wanita percaya, tempat kerja adalah lokasi yang paling strategik untuk seseorang itu berlaku curang.

Walau bagaimanapun, kajian adalah sekadar kajian. Jangan selepas baca artikel ini, anda hilang kepercayaan terhadap pasangan anda pula!

1. Bidang kewangan

Antara individu yang bekerja dalam sektor ini adalah pegawai bank, broker serta penganalisis ekonomi. Mungkin kerana setiap hari berdepan dengan client yang baharu atas urusan kerja.

2. Bidang penerbangan

Antara individu yang bekerja dalam sektor ini adalah juruterbang dan krew penerbangan. Kebanyakan juruterbang memiliki rupa paras yang kacak manakala krew penerbangan pula sangat cantik dan jelita. Siapa sahaja yang tidak akan memandang?

3. Bidang kesihatan

Antara individu yang terlibat dalam bidang ini adalah doktor dan jururawat. Jika mereka memiliki sikap sabar, tenang dan pandai meredakan kesakitan orang, kena pula kalau muka doktor atau nurse itu kacak dan cantik, pesakit pun rela dibius cinta tau!

4. Bidang perniagaan

Antara individu yang terlibat dalam bidang ini adalah CEO, pengurus atau setiausaha. Kalau tengok drama Melayu, kebanyakan yang jadi CEO muka tak hensem, tetapi client yang datang nak pikat projek, masya’Allah jelita yang sungguh! Begitu juga dengan mereka yang jadi setiausaha. Kena muka cantik, body pun molek, ramailah Datuk-Datuk yang miang nak pasang perangkap cinta. Laki orang kot tu!

Sumber: Maskulin 

No comments

Powered by Blogger.