6 Tips Rawat Cirit Birit Ketika Mengandung - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

6 Tips Rawat Cirit Birit Ketika Mengandung


1.BANYAKKAN BEREHAT

Biasanya bila ibu hamil terkena cirit birit,badan akan menjadi lesu dan tidak bermaya akibat kehilangan banyak tenaga. Jadi pastikan korang berehat secukupnya bagi mengembalikan tenaga yang hilang supaya kandungan dan si ibu tidak terjejas.

2.MINUM AIR BANYAK

Minum air masak sebanyak mungkin. Kalau tekak dah loya nak telan air masak,ambil vitagen atau yakult. Minum sedikit demi sedikit supaya badan kekal terhidrasi dan bertenaga.

3.KERAP MAKAN

Walaupun ibu kerap ke tandas untuk membuang, pastikan korang tetap makan walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Cuba makan makanan tinggi karbohidrat seperti roti,kentang,pasta atau nasi. Elakkan makan pedas dan berlemak. Menu sedap dan berkhasiat untuk ibu berpantang.

4.RAWAT SISTEM PENCERNAAN

Kalau kak fara, tiap kali cirit kak fara akan minum vitagen atau yakult. Sebab dua minuman ni memang sangat membantu dan cepat memulihkan sistem pencernaan badan tau. Tapi kalau ibu hamil yang ada GDM, boleh ambil vitagen yang tidak bergula.

5.JANGAN MEMANDAI BANTAI UBAT!

Elakkan mengambil sembarangan ubat ketika cirit birit sewaktu hamil. Ibu hamil perlu lebih peka dengan pengambilan ubat ketika hamil memandangkan tidak semua ubat-ubatan sesuai untuk ibu hamil. Korang kena rujuk dengan doktor dahulu sebelum membeli sebarang ubat.

6.SEGERA JUMPA DOKTOR

Kalau cirit-birit ketika hamil berlarutan melebihi 48 jam,segera ke klinik berhampiran. Jangan duk menangguh lama-lama di rumah. Elakkan bertangguh dari berjumpa doktor. Takut nanti ada kompilasi lain lak yang berlaku.

Sumber: Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel

No comments

Powered by Blogger.