Cara Kilatkan Lampu Kereta Yang Dah Kuning Dengan Bajet Bawah RM15 - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

Cara Kilatkan Lampu Kereta Yang Dah Kuning Dengan Bajet Bawah RM15


Perkongsian oleh saudara Khairul Anwar Tumingan,

Bahan:

Kertas pasir gred 600
Kertas pasir gred 1000
Autosol metal polisher (Boleh cari di kedai hardware. Harga sekitar RM8 – RM12)

Cara:

1. BUANG LAPISAN KUNING DENGAN KERTAS PASIR GRED 600
Mula-mula, ambil kertas pasir gred 600 untuk buang lapisan kuning dan kabur.


Gosok dengan menggunakan air. Masa ni nampak kesan kotor dan kuning tu tertanggal.


2. LAP & KERINGKAN
Setelah gosok, lap dan keringkan. Pastikan kesan kuning dah berkurangan.


3. GOSOK DENGAN KERTAS PASIR GRED 1000
Seterusnya, gosok dengan kertas pasir gred 1000 pula. Boleh juga nak gunakan gred 1500 atau 2000. Caranya sama, gosok dengan menggunakan air.


4. LAP & KERINGKAN
Lepas tu lap dan keringkan macam tadi.

Ini hasilnya selepas digosok dan dikeringkan sekali lagi.


5. GILAP DENGAN AUTOSOL METAL POLISHER
Ini yang saya pakai, Autosol Metal Polisher. Picit sedikit pada lampu dan gosok menggunakan kain.


Tengok, ni baru gosok sikit dah nampak clear, kan?


Teruskan menggilap sehingga clear dan cerah. Ini hasilnya setelah saya gilap lebih kurg 1/2 jam.

No comments

Powered by Blogger.