Cara Mudah Buat Stok Cili Kisar, Tak Perlu Potong & Buang Biji - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

Cara Mudah Buat Stok Cili Kisar, Tak Perlu Potong & Buang Biji

Cara yang dikongsi oleh Nur Atiqah Othman ini sangat mudah. Tak payah buat semua tu. Senang kan!


1. Pilih cili kering. Ambil banyak mana yang nak guna atau disimpan jadikan stok. Ambil yang cili kerinting untuk kurang pedas. Kemudian basuh dan mesin. Tak perlu gunting. Tak perlu rebus. Masuk semua , letak air dan mesin.

2. Gambar mesin cili tak sempat tangkap. Dah mesin ambil tapis macam gambar di atas . Tapis biji dari cili. Itu tapis mak, jadi rare sikit.

3.Tadaa…Haa dah ada cili sahaja .Tak ada biji. Mudahkan. Sesuai sangat untuk orang yang tak rajin tapi bijak.

4. Lepas dari itu keringkan cili di dalam periuk. Pasang api perlahan sahaja. Tunggu sampai air kering. Nanti sejukkan kemudian simpan dalam peti ais. Bila nak guna, ambil sahaja. Jimat masa.

No comments

Powered by Blogger.