Disebabkan Tak Sefahaman Dalam Picit Ubat Gigi Pasangan Bercerai - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Disebabkan Tak Sefahaman Dalam Picit Ubat Gigi Pasangan Bercerai


Makin pelik kes cerai zaman sekarang, adakalanya hal remah pun boleh menyebabkan perceraian. Seperti kes ini, pasangan bercerai hanya kerana cara picit ubat gigi.

Baru-baru ini, seorang hakam menceritakan kembali kisah yang dialami sepanjang beliau terlibat dengan pasangan bercerai. Ada satu kes yang dikendalikannya melibatkan pasangan suami isteri yang bercerai hanya kerana gara-gara ubat gigi.

“Si suami itu dikatakan suka picit ubat gigi dari belakang, manakala isterinya pula gemar picitnya dari tengah.

“Situasi itu kadangkala membuatkan pasangan berkenaan kerap bergaduh dan bermasam muka. Akhirnya, kes dibawa ke Mahkamah Syariah. Walaupun perkahwinan mereka cuba diselamatkan, namun akhirnya bercerai juga,” katanya.

Satu lagi alasan yang pelik adalah apabila si suami terlalu pendiam sehingga menyebabkan isteri mula bosan dan mereka membuat keputusan untuk bercerai.

No comments

Powered by Blogger.